Monday, April 13, 2009

Macam Mana Nak Tackle "si dia"??

Salam Semua….

Hari ni aku nak luahkan perasaan sikit.
Bukan pasal pape pun. Cuma aku ni bakal guru sains nanti, tapi aku ada masalah dengan subjek fizik. Aku betul-betul bengang dengan subjek ni. Kenapa susah sangat nak ”tackle” ek. Aduhai.... Aku kadang-kadang sampai nak putus asa bila buat soalan latihan dia. Yela, ’KONSEP’ pun dah lemah, macam mana nak skor. Huhuhu.... Tapi tiap kali aku nak putus asa, macam ada je yang bisik kat telinga aku ni. Dia kata ape tau. ”Kalau kau putus asa sekarang, macam mana kau nak jadi cikgu, macam mana kau nak mengajar anak orang nanti? Takkan nak ajar ajaran sesat? Bila posting nanti, kau tak semestinya kena mengajar subjek major(bio). Macam mana kalau kau dapat subjek fizik? Masa tu takkan nak nganga je depan student kau??” Huh! Pedih siot. Tapi siapa yang berani marah-marah aku nih? Ups..yang tu adalah suara hati aku rupanya. Buat gempak je. Huhu...(^_-)
Tapi, betul juga. Sebagai seorang bakal cikgu, ilmu pengetahuan adalah amat penting. Pengetahuan seorang cikgu mestilah melebihi pelajar-pelajarnya. Aku takkan dapat mengelak daripada tembakan-tembakan soalan yang diajukan oleh student-student aku nanti.
Penyelesaiannya? Nak ke tak nak, aku kena la jugak cuba memahamkan diri aku tentang fizik nih. Memang aku mengaku, aku tak pernah minat pun subjek ni sejak form 4 (sebab xpaham). Aku tak nak la aku jadikan tak minat fizik sebagai alasan aku tak dapat skor fizik. Apa-apa pun, aku akan pastikan aku dapat tackle dia. Walaupun susah, hope tak la sampai aku putus asa. (Please God) huhu...

Saturday, April 11, 2009

19 HADITH MENGENAI WANITA



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

LOVE UR FAMILY FIRST.....

Aku tak nafikan yang wanita/ perempuan perlukan lelaki di samping mereka.
Tetapi, bagi aku, selagi aku mampu berdiri sendiri, aku tak perlukan mereka kecuali HEROKU yang aku sanjungi sejak zaman kecil lagi. Nak tau sape?? My Papa la. (^_^)

Sekarang aku masih lagi dalam alam menuntut ilmu. So, couple adalah perkara remeh bagi aku. (Jangan pulak korang kata aku ni nak salahkan mereka yang couple pulak, jangan salah faham ye..huhu…) Bagi mereka yang sememangnya bahagia sekarang bersama dengan pasangan masing-masing, silalah teruskan hubungan anda selagi ianya mengikut batasan-batasan yang ditetapkan oleh Islam dan tidak bertentangan dari apa yang dituntut oleh agama kita.

Maaf kepada somebody yang berkenaan. Kot-kot dia terasa la. Bagi aku, sekarang adalah masa untuk aku tumpukan sepenuhnya pada pelajaran dan family. For now, my parent and my family are my SYURGA DUNIA. Bagi aku la, kalau kita tak tumpukan pada keluarga kita, sekarang ni la masanya, bila lagi kan. Bila dah keje sok, mesti dah busy dengan hal masing-masing. Nak balik jenguk mak ayah pun tak sempat. Kalau dah kahwin nanti, lagi la. Nak jaga keluarga sendiri lagi.

Actually, aku tengah menasihati dan muhasabah diri sendiri sambil-sambil mengajak korang semua supaya hargailah masa yang korang ada sekarang ni. Gunalah sebaik-baiknya. Kalau tak boleh telefon parent korang tiap-tiap hari pon, cuba la dalam seminggu tu dalam tiga or empat kali. Bukannya susah kan. Lagipon sekarang nih, bagi sape-sape yang guna Celcom UOX, lagi senang kan. Murah je. Kenapa kita boleh telefon “si dia” sedangkan “Permata Hati” kita kat umah tu kita tak ingat pon? Sama-samala kita saling ingat-mengingatkan sesame kita ye. Jangan pulak dah hilang baru terkapai-kapai nak cari. Masa tu, menangis air mata darah pon, Tuhan takkan bagi balik apa yang dia dah amik...(semoga Tuhan panjangkan umur mama dan papaku...aminn..)

Kekasih boleh dicari, mana boleh nak disamakan dengan ibu dan bapa kita yang sedari kecik lagi jaga kita.

Jangan lupa tau, luahkan kasih sayang korang pada parent korang. Tak payah segan-segan.

Tak sabarnya nak balik rumah. Nak makan masakan nenek aku. Huahuahua...

Thursday, April 9, 2009

Assalamualaikum....

AKu mulakan blog aku ni dengan ucapan salam kepada semua pembaca dan rakan-rakan yang melawat ke blog ni. Aku baru je nak berjinak-jinak dengan bendalah ni. Hope apa yang kurang tu, korang bagi la pendapat yang boleh kita sama-sama kongsikan untuk perbaiki.

Buat hari ni, aku tak ada idea lagi nak tulis apa untuk kongsikan dengan anda semua. Tapi insya-Allah, akan aku postkan coretan untuk dikongsi bersama.

Sebarang komen yang anda berikan, amatlah dihargai...huhu